Wonderful but Painful

Ari ni,aku ada share something yg aku suka baca...beautiful words,but....

Awak, hari ini awak nampak serabut
semua orang perli dan kutuk
tapi ada gak hati yang puji jadik
you can always count on me

Awak,hari ini awak nampak cute
semua orang puji
tapi saya puji dalam hati
padahal nak gak puji sekuat hati
Awak, hari ini awak senyum kat saya
tapi saya buat-buat tak nampak
padahal nak elak dari pengsan
nak elak dari kawan-kawan saya perasan

Awak, hari ini saya senyum kat awak
tapi awak jalan depan saya
jadi senyum pun tak guna
kalau nak lambai lagi apa guna

Awak, hari ini awak datang kelas saya
tapi saya buat bodoh aje
padahal bumi nie dah rasa tak cukup graviti
rasa cam nak hilang lari bawa diri

Awak, hari ini awak tegur saya tapi
saya buat-buat pekak
bukan jual mahal,saya tak layak
sebab nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak, hari ini saya tegur awak
tapi saya tegur awak dalam hati
tak kisah awak ejek saya hari-hari
kalau tu boleh buat awak happy

Awak, hari ini kita duduk semeja
saya depan awak,awak depan saya
tapi rasa macam jauh je
padahal tak sampai sedepa

Awak, hari ini awak beratur belakang saya
tapi saya tak tahu nak cakap apa
jadi saya belah macam tu je

Awak, hari ini berubah situasi
tapi saya still kat sini
padahal dah kosong tak berisi
fikiran kat sana,badan kat sini
Awak, hari ini saya tulis sms kat awak lagi
tapi saya rasa malu nak sending
jadi saya simpan dalam outbox sendiri
boleh saya baca hari-hari

Awak, hari ini saya rasa rindu
tapi saya tak nak ngaku
padahal saya check handset tiap-tiap waktu
kot ada message from you

Awak, hari ini semua orang kutuk diri ini
tapi sikit pun saya tak ambil peduli
tapi bila awak pun join sekaki
saya rasa sedih tak terperi

Awak, hari ini saya lalu depan rumah awak
tapi saya tak nampak pun kelibat awak
saya pandang bumbung pun jadi
kurang sikit rindu di hati

Awak, hari ini awak puji kawan saya
semua baik tak ade yang cela
tapi kenapa bila saya
awak pandang takde mata

Awak, hari ini saya risau pasal awak
siang malam doakan keselamatan awak
padahal saya, awak sedikit pun tak ingat
kenapa la saya nak buang keringat

Awak, hari ini saya pandang awak curi-curi
sebab nak cakap berdua,tak cukup berani
dalam hati doa awak sedari
apa yang terpendam dalam hati

Awak, hari ini awak citer pasal gadis itu lagi
saya buat-buat dengar
tapi dalam hati rasa nak lemapang je tuan punya diri
awak tak tahu ke saya terasa hati

Awak, hari tu saya benci sangat kat awak
tapi hari ni saya suka sangat kat awak
sebab saya tak leh nak lupakan awak
ingat kat awak awak awak awak

Awak, hari ini saya nampak awak lagi
tapi awak tak macam dulu lagi
jadi saya terdiam sendiri
tak tahu nak buat apa lagi

Awak, hari ini saya dah janji........nak pergi
ikutkan hati memang nak pergi
tapi,tahu kenapa tak leh pergi

Awak, hari ini saya menyesal
ada ego yang tinggi
tapi dah tak ada harapan kat sini
jadi nak tak nak terpaksa sendiri

Awak, hari ini hari terakhir nampak awak
tapi awak tak toleh kat sini
awak focus kat handset sendiri

Awak, hari ini saya tengok gambar kita senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang nak simpan sedih

Awak, esok antara kita ada balai berlepas
esok tak ada esok untuk saya
esok juga tak ada esok untuk awak

Awak, semoga satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat merana seorang diri buat saya sakit hati

Awak, kalau nanti awak dah ada si dia di sisi
jangan awak tunjuk tuan punya diri
sebab confirm saya akan makan hati
adui.........melepaslah lagi

Awak, sebelum saya pergi hari ini.....
kat sini saya janji semua ini untuk awak
sebab kenal awak anugerah terindah saya miliki

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...