Repost

message ni,aku dpt dr bulletin board frenster...terdetik untuk repost kat sini sbb aku rasa,kata2 nya agak menarik...ade yg belom penah baca,baca lah..yg dh baca,tak kisah la nak baca lagik skali pon....mana2 pon bley...

Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat
dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak
sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat
dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk
merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan
kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang
senyum dengan kita, orang yang kita jarang
jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat
kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka
baiklah dengan mereka
terutama mereka yang bersangka baik dengan
Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup
manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang
tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan
masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect
orang nak go after us each time sebab kadangkala
orang tu assume yang kita tak mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani
dengan
soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas
bersahabat
dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika
ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata.
Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama
pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi
kalau kita membuang perasaan malu dan
bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita
sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu
kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya
mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang
terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi
mereka yang menganggap hidup ini complicated
dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang
menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat
ikhtiariah,
boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada
akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka
kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita
pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat
untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup
sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk
hidup sebagai pejuang.

Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-
Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal
akan menggunakannya
dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.

Kata2 ni untuk semua org....ade benarnye apa yg dinyatakan penulis....yang penting sentiasalah positif dan bersangka baik...sbb apa yang kita rasa tak slalunye betul...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...