Cinta Dan Mimpi

Aku terbaca artikel menarik dalam tokeikedai.com....Post by haylena...interesting coz apa yg berlaku mcm biasa terjadi dalam kehidupan ni....

Pernahkah, apabila kamu bangun dari tidur, kamu tiba-tiba berasa hiba lalu menangis? Kenapa? Kerana kamu bermimpikan si dia. Dia yang kamu pernah cintai, tetapi telah meninggalkan kamu. Atau, dia yang hanya kamu minati dalam diam, tapi tak pernah kamu miliki. Perasaan kamu menjadi sedih, hiba dan tak keruan, pagi kamu sudah tidak seceria kelmarin. Kenapa harus kamu mengingatinya? Padahal ianya sudah berakhir antara kamu dan dia. Kamu harus memandang ke hadapan, bukalah lembaran baru dalam hati kamu.

Berjalan ke tempat kerja, dan kampus, fikiran kamu hanya tertumpu pada si dia yang muncul dalam mimpi pagi tadi. Kamu tidak dapat menumpukan pada kerja dan pelajaran. Kamu tidak terdaya untuk melemparkan senyuman pada orang sekeliling. Kenapa? Kerana kamu hidup dalam kisah semalam. Kamu terperangkap dengan kisah lalu. Kamu menyedarinya, tapi kamu merelakannya. Padahal kamu tahu, walau macamana cara sekalipun kamu bersedih, dia tak akan kembali padamu. Dia sudah menjadi milik orang lain. Kenapa kamu harus berdegil dan tidak mahu menerima kenyataan ini? Kalau kamu menyintainya, haruslah kamu mendoakan kebahagiaannya. Tapi jawapan kamu apa? Biarlah aku mengingatinya, biarlah aku terseksa! Standard sungguh jawapan cinta kamu.

Itu kamu yang pernah bercinta dengannya. Bagaimana pula dengan kamu yang hanya meminatinya dalam diam. Kamu tahu dia sudah ada seseorang, kamu nampaknya dari jauh. Kenapa kamu masih tidak melepaskan perasaan terpendam itu? Kamu terlalu taksub dengannya sehingga kamu menutup perasaan kamu dari disentuh orang lain. Kamu tidak menyedari ada seseorang yang sedang menagih cinta darimu. Atau mungkin kamu menyedarinya, tapi kamu pura-pura tidak melihatnya, kerana hati kamu masih pada si dia yang sememangnya bukan milikmu. Butanya cinta kamu, butanya hati kamu. Dan kamu menjawab, ya cinta memang buta. Padahal, yang membutakan cinta itu ialah kamu sendiri.

Kamu, sampai bila kamu harus menutup cinta kamu untuk orang lain? Sedarlah kamu, dia bukan untukmu. Berilah ruang hati kamu untuk menerima cinta baru dan sedarlah dari mimpi semalam. Kalau pun kamu tidak mahu membuka sepenuhnya hati kamu, sekurang-kurangnya bukalah sedikit. Kalau kamu rasakan cinta baru itu lebih membahagiakan, nescaya kamu akan membuka hatimu sepenuhnya nanti.

Susah ke nak bukak pintu hati??Pintu hati kita ataupun pintu hati org lain??Masing2 punya jawapan....Aku??Ntahla kuza.....Menunggu buah yang tak gugur,menunggu rembulan jatuh ke riba.....Buah tak gugur,rembulan tak jatuh,aku yang sunyi....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...