Friendship

/hihi tgh carik bende lain,jumpa bende lain...tp aku rasa menarik...untuk aku dan utk ingatan aku pada masa akan datang....entry ni,dr seorg yg mgelarkan dirinye PallMall dr sabah...dia tulis kt forum... :)


Erti Persahabatan

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.


2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran. /omg

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu
 
Dalam blog ni pon,byk keluhan,teruja,gembira~semuanya berkait dengan sahabat2 disekeliling aku...mmg terbukti,selain drpd family,sahabatlah yg paling rapat dlm hidup kite..aku tak dpt imagine cmna hidup seseorg tu kalo takde sahabat kan...ok..mulai skang,blajar menjadi sahabat yang baik.../bye

3 comments:

.::WaNiE::. said...
6:59 PM

saya punye sahabat yg baik

alhamdulillah

Mrs Shyza said...
11:22 PM

alhamdulillah...sy jugek! :)

NoorZ said...
7:38 AM

saya setuju la..eh skema saya..hihihi..:human behavior are so unpredictable....emmm....thinking.kadang2 rasa dah cukup berhati2..tapi kena jugakk..adeii..tak paham..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...